MINGGU SAINS DAN MATEMATIK
ANJURAN PANITIA SAINS DAN MATEMATIK
11 Apr – 18 Apr 2011
Penasihat 1 : Cik. Lim Li Li
Penasihat 2 : Datin Norazizah (GPK 1)
Pengerusi : En. Hamzah (GKMP Sains & Matematik)
Setiausaha : Cik. Chia ( Ketua Panitia Matematik)
Bendahari : En. Wong Fui Teng (Ketua Panitia Sains)
TEMA : SAINS & MATEMATIK BERKESAN MENJANA INOVASI DALAM PENDIDIKAN
PENGENALAN
Panitia Sains dan Panitia Matematik bertanggungjawab untuk pengembangan mata
pelajaran sains dan matematik di sekolah ini. Untuk itu Panitia Sains dan Panitia
Matematik telah bergabung mengadakan Minggu Sains dan Matematik. Program ini
adalah untuk meningkatkan minat pelajar terhadap sains dan matematik melalui aktivitiaktiviti yang dirancang.
MATLAMAT
Melahirkan pelajar yang berkesan dan cemerlang kearah menjana inovasi dalam
pendidikan menjelang 2015
OBJEKTIF
- 1. Meningkatkan daya pemikiran kreatif dan kritis dalam kemahiran sains dan matematik sekaligus meningkatkan kecemerlangan dalam peperiksaan.
- 2. Menerap rasa minat serta cinta akan sains dan matematik selaras dengan meningkatkan penguasaan pelajar terhadap istilah sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris.
- 3. Menggalakkan pelajar menjana idea dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
- 4. Meningkatkan kreativiti dan mengasah bakat serta minda pelajar melalui pelbagai program yang dirancang.
- 5. Memupuk semangat kerjasama di kalangan guru dan pelajar.
PERANCANGAN AKTIVITI DAN BELANJAWAN MINGGU SAINS DAN MATEMATIK 2011
Aktiviti | Bilangan Peserta / Item | Hadiah / Kos |
Gimik upacara perasmian | 1. Flyer 2. Reben 3. Gunting 4. Talam 5. Kain perhiasan 6. Belon | RM40 RM5 RM2 RM7 RM5 RM5 |
Pertandingan kuiz matemaik secara online | 1. 3 pemenang daripada pelajar sesi pagi a. Pertama b. Kedua c. Ketiga 2. 3 pemenang daripada pelajar sesi petang a. Pertama b. Kedua c. Ketiga | RM10 RM7 RM5 RM10 RM7 RM5 |
| Jumlah Perbelanjaan | RM108 |
JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN : RM108
Disediakan oleh : En. Louis Lolin